INFO

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

5 punca anda gagal menjual

5 Punca Anda Gagal Menjual

Sebagai seorang pekerja atau pengusaha perniagaan yang ditugaskan dalam bidang penjualan dan pemasaran, komunikasi yang baik adalah kunci yang penting. Meski pun penampilan luaran nampak cool, tetapi jika komunikasi kurang efektif maka strategi penjualan yang diterapkan tidak akan membuahkan hasil. Keadaan semakin teruk dengan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan:

Berikut adalah beberapa kesilapan yang banyak dilakukan dalam berjual:

1. Tidak lengkap
Melakukan apa sahaja separuh jalan adalah perkara yang tidak baik. Persiapan lengkap dalam mempersembahkan jualan termasuklah secara mental, fizikal, pakaian, kelengkapan produk dan sebagainya.

2. Tidak Melakukan Kajian
Kegiatan kajian yang sering dilakukan oleh syarikat besar, dapat memberi gambaran umum sebelum terus memasuki pasaran. Sebaik-baiknya anda juga harus melakukan kajian, misalnya dengan memerhati habit pelanggan di sesuatu kawasan atau menentukan lokasi yang tepat dalam mengadakan penjualan jika perniagaan anda bersifat mobile. Ini untuk memastikan kerja-kerja promosi dan persembahan produk anda tidak sia-sia.

3. Memberi Maklumat Produk Yang Kurang Memuaskan
Kesilapan yang sering dibuat adalah memberikan maklumat yang kurang tepat dan mengelirukan. Pembeli yang pintar akan memberi persepsi yang negatif terhadap usaha anda.

4. Kurang Maklum Balas
Kurang maklum balas terhadap pertanyaan atau pendapat pelanggan juga dapat menggagalkan usaha anda. Memberi maklum balas merupakan salah satu kemestian bagi menunjukkan penghargaan terhadap para pelanggan.

5. Terlalu Kerap Mengkritik Produk Pesaing
Membandingkan suatu jenama dengan jenama lain adalah hal yang wajar dalam menarik minat beli pelanggan. Namun jika dilakukan tanpa tujuan kukuh dan terlalu banyak mencemuh produk pesaing, maka anda sendiri yang akan nampak hina kerana strategi tersebut.

No comments:

Post a Comment