INFO

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
Showing posts with label alhamdulilah. Show all posts
Showing posts with label alhamdulilah. Show all posts

Open booth sbg permulaan bulan Mac

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Harini kedai tpt saya bekerja atau rumah kedua saya iaitu Koleksi Kalsom buka booth di flea market DBKU..

Terdapat jualan pakaian tidur kanak2, palaian wanita, sunglasses dan shaklee...

Alhamdulilah sambutan amat memberangsangkan...walaupun hujan ditenghari...usaha haruslah diteruskan utk terus hidup memberi...

Lepas ni akan sambung jualan di Muara Tuang, kuching pula...good luck to big boss yang banyak bergerak kesini kesana utk mencari rezeki..

Doakan semoga dipermudahkan dan semuanya berjalan dengan lancar...aminnn


Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnay

sekadar bkongsi
Ada seorang raja yang hobinya memburu binatang. Setiap kali ingin pergi memburu, raja ini membawa penasihatnya sekali. Mereka berdua masuk ke dalam hutan. Kemudian, raja tersebut ternampak seekor rusa. Lalu, raja itu menembaknya. Namun, rusa itu masih belum mati. Raja itu mengeluarkan pisau lalu meyembelih leher rusa itu. Tanpa disedari, satu jarinya telah terpotong. Lalu, dia mengadukan kesakitannya kepada penasihatnya itu. Kata raja,"Wahai penasihatku, sungguh sakit yang ku rasakan akibat terpotongnya jariku ini". penasihat itu menjawab dengan tenang,"Ada hikmahnya, tuanku". Raja mula berang. Dikatanya,"Wahai penasihat, hikmah apakah yang ada jika jariku terpotong? Tiada hikmah. Malah aku kehilangan satu jari". Kemudian, raja itu menghumban penasihat itu ke dalam penjara istananya. Selepas itu, si raja meneruskan hobinya. Kali ini, raja itu berseorangan. Lama beliau di hutan. Namun, seekor binatang pun tidak dijumpai. Raja itu pun terus berjalan hingga sampai ke hutan dalam. Kemudian, terdapat sebuah perkampungan orang asli. Orang asli disitu makan orang. Kebetulan pula, hari tersebut adalah Hari Raya Korban bagi mereka. Lalu, mereka menangkap raja tersebut untuk dijadikan korban. Raja itu diletakkan di dalam kawah besar. Perencah dan rempah sudah dimasukkan. Air pun telah dimasukkan sehingga paras dadanya. Hanya belum dinyalakan api sahaja. Maka, orang asli disitu bertanyakan kepada Tok Batin mereka. Kata mereka,"Tok, bolehkah kita menjadikan orang itu sebagai korban kita?". Tok Batin menjawab,"Boleh sekiranya tiada kecacatan pada tubuhnya". Lalu, mereka memeriksa tubuh raja itu dan mendapati jarinya kurang satu. Hal itu pun diadukan kepada Tok Batin. Kemudian Tok Batin menjawab,"Lepaskanlah dia kerana kecacatan pada jarinya". Raja itu pun dilepaskan. Dengan segera si raja pulang ke istana. Si raja bergegas menuju ke penjara istana. Lalu, dia menemui penasihatnya kemudian memeluknya sambil menangis. Penasihat itu pun pelik. Kemudian dia bertanya,"Wahai tuanku, apakah yang telah terjadi?". Tuanku menceritakan segala yang terjadi. "Benarlah katamu. Ada hikmah hilangnya satu jariku ini. Jika tidak, pasti aku menjadi korban mereka". Kemudian si penasihat menjawab,"Wahai tuanku, ada hikmahnya engkau meletakkan ku di dalam penjara ini. Jikalau aku turut bersamamu, pasti engkau akan terselamat dan aku akan menjadi korban mereka".
---
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Mengetahui. Begitu juga dengan sunnah Nabi. Sunnah dalam pemakaian, tutur kata, ketika berjalan, ketika hendak makan dan minum. Terkadang ianya nampak remeh. Namun, pahalanya sangat besar di sisi Allah swt.
---
Kisah ini disampaikan oleh Habib Najmuddin bin Othman Al Khered di dalam Malam Cinta Rasul
Semoga dapat dijadikanBH iktibar dan bermanfaat untuk kita.
---
Moga Allah Redha

Pengertian istigfar

Istighfar sebagaimana diterangkan oleh Imam Ar-Raghib Al-Asfahani adalah " meminta ampun dengan ucapan dan perbuatan"

Seseorg yg menzahirkan ampunan dengan bacaan istighfar, maka seluruh anggota tubuhnya juga ikut istighfar.

Istigfar harus menyatu jiwa dan raga,  maka akan memberi kesan dan hikmah yang besar bahkan ia akan dapat mendatangkan rezeki.

Bertaubat dan beristigfar adalah salah satu amalan yang boleh mendatangkan rezeki. Sesiapa sahaja yang menginginkan rezeki yang halal dan berkah, maka mulailah semua itu dengan taubat yang bersungguh-sungguh dan beristigfar yang sepenuh hati.

Kehebatan sedekah!!

Keajaiban Bersedekah - Mesti Baca !!!!
Assalamualaikum,

3 minggu lepas, saya menghadiri satu seminar selama 5 hari.

Seminar ini kebanyakannya dihadiri oleh mereka yang diberi kelapangan kewangan oleh Allah. Ini kerana kos seminar itu hampir RM8,000 untuk 5 hari.

Tak ramai yang mampu hadir disebabkan kos yang sangat tinggi.

Bertemu Dengan Ramai Jutawan

Sepanjang 5 hari di sana, saya bertemu dengan ramai jutawan.

Mereka 'tersangat' kaya.

Ada yang income mencecah RM500k-RM600k sebulan, baru berusia 40-an.

Ada yang baru berusia 25 tahun, tapi pendapatan bulanan sudah mencecah RM50k sebulan.

Ada yang berusia 35 tahun. Sales tahunan mencecah RM120 juta.

Tak boleh nak cerita semua. Sebab terlalu ramai yang hebat.

Subhanallah. Saya sendiri terkejut dengan kejayaan mereka.

Jangan tunggu kaya baru nak sedekah. Sebab itulah nanti kita tak kaya kaya. Untuk menerima, kita perlu memberi dahulu.

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah.....

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."

Jika kita tak mampu nak bersedekah dengan wang ringgit, jom bersedekah dengan cara yang paling mudah. Iaitu dengan memberi senyuman.

Kalau ini pun kita tak mampu nak lakukan, hmmm.... Lebih baik kita usah hidup.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk lebih banyak memberi selepas ini.

Wassalam(copy dr grup porsche)

Doa untuk orang lain

Mendoakan org lain merupakan rezeki. Mendoakan orang lain juga sedekah..

Copy dari whatsup...terima kasih kepada semua yg mendoakan diriku...

KISAH DOA TERMAKBUL.

KISAH SEORANG ABANG DAN ADIK. 

KEDUA-DUANYA ANAK YATIM MISKIN.

MEREKA MENGINAP DI RUMAH PUSAKA PENINGGALAN. KEDUA IBU BAPA MEREKA ADALAH HAMBA ALLAH YANG SOLEH.

SI ABANG, SABAN HARI BERDOA AGAR ALLAH MENGUBAH NASIB HIDUPNYA. 

DIA MEMINTA DIPERTEMUKAN DENGAN ISTERI YANG CANTIK LAGI KAYA.

DAN MEMINTA KEPADA ALLAH AGAR DIRINYA KAYA RAYA HIDUP MEWAH.

SI ADIK PULA,

BUTA HURUF. TIDAK SEPERTI ABANGNYA, 

DIA MEMBACA DOA PUN DENGAN MELIHAT KERTAS TERINSUT-INSUT MEMBACA.

SEBELUM BAPANYA MATI, DIA PERNAH MEMINTA BAPANYA MENULIS SESUATU DI ATAS KERTAS,

DAN KERTAS ITU SERING DIPEGANGNYA SETIAP KALI BERDOA.

DIPENDEKKAN CERITA, AKHIRNYA,

ALLAH MEMPERTEMUKAN SEORANG PEREMPUAN YANG CANTIK LAGI KAYA DENGAN ABANGNYA,

LANTAS BERKAHWIN.

SI ABANG SEPERTI MENDAPAT DURIAN RUNTUH DAN KEHIDUPANNYA TERUS BERUBAH.

DIA KELUAR DARI RUMAH PUSAKA,

DAN MENINGGALKAN ADIKNYA. 

SI ABANG AKHIRNYA KAYA RAYA, MALAH TERUS KAYA APABILA DIA MEMASUKI MEDAN BISNES.

DIA SUDAH MULA ALPA DENGAN ALLAH, 

MELEWAT-LEWATKAN SOLAH, JARANG MEMBACA AL-QURAN, TAPI TIDAK PERNAH LALAI UNTUK MEMINTA KEKAYAAN DARIPADA ALLAH. 

KALAU MASUK DALAM BAB PERNIAGAAN, KEKAYAAN DUNIA, MAKA BERBONDONG-BONDONG DOANYA KEPADA ALLAH.

DAN AJAIBNYA, ALLAH BERI APA YANG DIA MINTA.

SI ABANG RASA DIA ISTIMEWA. 

SI ADIK PULA, HIDUPNYA TIDAK BERUBAH. 

DIA MASIH SEORANG SEDERHANA, 

DENGAN KELEMAHANNYA SEBAGAI SEORANG BUTA HURUF, 

DIA HANNYA MENDAPAT KERJAYA SEDERHANA,

TERUS MENJAGA RUMAH PUSAKA. 

SI ADIK, JUGA RAJIN BERDOA. 

SI ABANG TAHU, SI ADIK RAJIN BERDOA. 

TAPI SI ABANG MELIHAT, HIDUP ADIKNYA TIDAK BERUBAH-UBAH. 

LANTAS SATU HARI, KETIKA SI ABANG MENZIARAHI ADIKNYA, 

SI ABANG BERKATA DENGAN RIAK: 

“KAU KENA BERDOA KUAT LAGI. 
TENGOK AKU, BERDOA JE ALLAH MAKBULKAN. 
KAU NI TAK CUKUP HAMPIR DENGAN ALLAH NI. 
BERDOA PUN MASIH TENGOK-TENGOK KERTAS. TAK CUKUP HEBAT.” 

SI ADIK TERSENYUM SAHAJA.

SUKA ABANGNYA MENEGUR KERANA PADANYA,

TEGURAN ABANG AMAT BERMAKNA. 

SI ADIK TERUS HIDUP SEDERHANA, 

DI DALAM RUMAH PUSAKA, DENGAN DOA MELIHAT KERTAS SABAN HARI, 

DAN KEHIDUPANNYA TETAP TIDAK BERUBAH. 

TIDAK MENJADI KAYA SEPERTI ABANG. 

DITAKDIRKAN,

SI ADIK MENINGGAL DUNIA. KETIKA SI ABANG MENGEMAS-KEMAS RUMAH PUSAKA, 

DIA BERJUMPA SATU KERTAS. KERTAS ITU ADALAH KERTAS YANG ADIKNYA SERING PEGANG KETIKA BERDOA.

SI ABANG MENANGIS TERESAK-ESAK APABILA MEMBACA KERTAS KECIL ITU.

KERTAS ITU TERTULIS:

“YA ALLAH, MAKBULKAN LAH SEGALA DOA ABANG AKU” 

MASYAALLAH… KEBESARA ILLAHI.

SI ABANG MULA MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ADIKNYA. 

ADIKNYA KEKAL TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MERINGAN-RINGANKAN URUSANNYA DENGAN ALLAH SWT. 

ADIKNYA, SEDIKIT PUN TIDAK MEMINTA DUNIA KEPADA ALLAH, 

MALAH TIDAK MEMINTA APA-APA UNTUK DIRINYA.

TETAPI ADIKNYA MEMINTA AGAR SEGALA DOA SI ABANG DIMAKBULKAN.

SI ABANG, TIDAK PERNAH SEDIKIT PUN MENDOAKAN SI ADIK. 

SI ABANG MULA TERSEDAR,

RUPANYA,

BUKAN DOA DIA YANG MAKBUL. TETAPI DOA ADIKNYA TELAH DITERIMA DAN DI MAKBUL OLEH ALLAH SWT.

CERITA INI MERUNTUN HATI SAYA,

DAN BUAT SAYA SENTIASA BERFIKIR PANJANG.

KADANG-KADANG KITA, BILA ALLAH REALISASIKAN HAJAT KITA, 

KITA SUKA MENGIMBAU USAHA-USAHA KITA. 

"AKU BUAT BEGINILAH YANG JADI BEGINI." 

"DOA AKU MAKBUL!"

"AKU NI MEMANG ALLAH SAYANG. TENGOK, SEMUA BENDA ALLAH BAGI. AKU MINTA JE PUN."

TANPA SEDAR KITA BONGKAK. TAKABBUR.

SEDANGKAN, 

KITA TAK TAHU, MUNGKIN YANG MAKBUL ITU ADALAH DOA IBU BAPA KITA, 

DOA ADIK BERADIK KITA,

DOA SAHABAT-SAHABAT KITA. 

BUKANNYA DOA KITA.

CERITA ITU SANGAT MENYENTUH HATI SAYA.

MEMBUATKAN SETIAP KALI SAYA BERDOA, 

SAYA TIDAK LUPA MENDOAKAN IBU BAPA SAYA, 

GURU-GURU SAYA, KELUARGA SAYA, 

ADIK BERADIK SAYA, SAHABAT-SAHABAT KARIB SAYA, 

YANG TERAMAT AKRAB.

SAYA SEBUTKAN NAMANYA AGAR LEBIH MERASAI BAHAWA SAYA MEMERLUKAN MEREKA MENDOAKAN SAYA JUGA.

KITA INI BANYAK DOSA. TERHIJAB. 

MUNGKIN DOA ORANG LAIN YANG LEBIH BERSIH HATINYA, 

LEBIH SUCI JIWANYA YANG MAKBUL,

MENYEBABKAN RAHMAT ALLAH TUMPAH PADA DIRI KITA. 

SEBAB ITU JANGANLAH BERLAGAK.

JANGAN TINGGI DIRI.

JANGAN RASA DOA KITALAH YANG MAKBUL.

PULANGKAN SEMUANYA KEPADA ALLAH. 

DOA ITU SEBAHAGIAN DARIPADA USAHA SAHAJA SEBENARNYA. 

DAN JANGAN RASA SEGAN MEMINTA ORANG LAIN MENDOAKAN KITA. 

SEMOGA ALLAH REDHA DENGAN KITA. 

AAMIIN.

Kesyukuran

Alhamdulilah..alhamdulilah...alhamdulilah...baru je lepas sambut kelahiran makcik bongsu kami..makan seafood malam ni...semoga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah swt dan diberikan kesihatan yang baik..aminn
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Dengan penuh rasa kesyukuran, kami berhimpun dan berdoa pada petang hari ini, untuk meraikan sambutan hari lahir adinda/usu kami (Hjjh Bibi Adam)sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya, maka kami bermohon kepadaMu agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat.
Ya Allah Ya Sami’u Ya ‘Alim...
kami menitipkan doa ini dengan bersungguh harap agar Engkau kurniakan kepada adinda/usu kami isi hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar denganya dapatlah dia menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabaranya tanpa goyah jati diri.
Ya Allah Ya Karim..
Sejahterakanlah kehidupan adinda/usu kami ini, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama, bangsa dan Negara. Amin Ya Rabbal Alamin.


Alhamdulilah..diberikan peluang....

Assalamualaikum....seronok sanagat hari ni...lepas dpt bonus semalam..selesailah segala hutang piutang utk sebulan...alhamdulilah...maka dengan itu sy rewards kan diri dgn 2 buah buku yg saya selalu tgk tp tak beli2..akhirnya berjaya juga kumiliki...seronoknya...
apa yang dirancang minggu lepas?
meeting/perjumpaan/kelas
Selepas merancang seminggu, harini klas yang sy anjurkan berjalan lancar...ilmu telah dikongai bersama dgn ahli2 bawah susur galur saya..gembira rasanya hati bila tgk ramai mula minat utk tahu kelebihan shaklee,..alhamdulikah...
'hidup ini x akan susah kalau kita selalu memberi' - inshaaAllah...


Kebahagiaan....Hidup Untuk Memberi...

Tanggal 26 Januari 2014, Adam's Family bersatu sepena Hari Jadi sepupu lelaki ku yang ke 21. (dapat kunci) . Kunci ? mesti ada yang tertanya-tanya kunci apa kan,,,

* Kunci pelepasan untuk memilih kehidupan yang terbaik di Dunia dan Akhirat... (u r free now)


kehidupan penuh dengan warna-warni..ada masanya kita berkumpul dan bersama untuk berkongsi REZEKI yang Allah telah berikan pada kita....Ya, setiap rezeki itu milik Allah.. adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus berkongsi dengan yang memerlukan.. Pemurah adalah antara sifat Allah swt.

Bahagianya bila bersatu untuk membantu satu sama lain, mari kita lihat apa itu bahagia..

Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia

dipetik dari :
http://genta-rasa.com/inilah-makna-bahagia/



Jamuan berjalan dengan lancar, dari 12pm-4pm... Alhamdulilah...makanan sedap2 belaka. Aktiviti menarik semuanya dengan tema MERAH.lagi. Terbaik!! semoga kehidupan kita sentiasa untuk memberi -  kunci pada Menjemput Rezeki.. ALHAMDULILAH. 

Jika ada aktiviti dari Adam Family's , InshaaAllah akan update lagi...

p/s: sebenarnya byk juga dah aktiviti bulan Januari ni...hihi....