INFO

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Petua untuk Jutawan Muda

Petua untuk Jutawan Muda
Oleh Irfan Khairi (Ekstrak artikel Harian Metro)

Ramai yang mengimpikan menjadi usahawan. Pastinya dikalangan itu juga ramai yang ingin menjadi usahawan jutawan muda. Apa taknya, bila dilihat dikaca TV memang gah digambarkan dalam filem usahawan muda berkereta sport dan rumah di tepi pantai dan bersuka ria setiap hari. Namun mungkin bukan seperti itu niat kita ingin menjadi berjaya dalam perniagaan ketika muda, mungkin pula dengan wang tambahan boleh memberi sedikit kemewahan kepada diri sendiri dan keluarga, dapat membawa ibu bapa kesayangan menunaikan haji, membawa keluarga melancong, serta memperbaiki gaya hidup diri dan keluarga seandainya menjadi jutawan.

Tidak kira apa sahaja niatnya, kini, menjadi jutawan pada usia yang mudah bukan lagi mustahil. Semakin ramai usahawan-usahawan muda yang berjaya dilahirkan tidak kira, di dada akhbar dan juga di TV, sering dikongsikan kisah-kisah kejayaan usahawan jutawan ini. Yang menariknya juga, tidak kira bidang apa, dari bidang pertanian, ke perindustrian, atau bidang fotografi, hinggalah bidang percetakan, pastinya ada usahwan jutawan muda yang mengorakkan nama di dalam industri masing-masing.

Diri saya sendiri juga menjadi sebutan sejak tahun 2006 lagi dengan gelaran “Jutawan Internet Muda”. Lapan tahun dahulu, mungkin masih muda lagi. Tetapi sekarang, saya pun tidak boleh mengaku muda sudah! 

Namun, soalan yang sering ditanya ramai adalah, bagaimana hendak menjadi usahawan jutawan muda? Artikel kali ini saya ingin kongsikan 3 petua dari pengalaman saya sendiri, khas untuk usahawan-usahawan muda apakah caranya untuk menjadi jutawan muda…

1.    Lakukan perniagaan yang anda minat sangat-sangat
Amat penting untuk memulakan perniagaan yang menarik minat anda. Minat ini pula, bukanlah minat yang dikatakan “saja cuba-cuba” atau “cuba test try” tengok macam mana, ok ke tidak menjalankan perniagaan ini!

Minat yang saya maksudkan adalah minat yang amat sangat dalam sesuatu bidang itu. Mungkin sehingga menjadi hobi. Contohnya, sekiranya minat dalam fotografi, jadikan itu sebagai perniagaan anda. Sekiranya minat dalam muzik, jadikan bidang muzik sebagai perniagaan anda. 

Jangan memulakan sesuatu perniagaan yang anda tidak minat oleh kerana minat adalah umpama gasolin yang menyalakan api dengan lebih hebat lagi. Dalam perniagaan pastinya ada turun naik perniagaan. Ada juga akan kedengaran suara-suara negatif yang menganggu kita, dari kawan dan juga lawan. 

Namun, dengan minat yang sungguh mendalam dalam sesuatu bidang itu, kita tidak akan mudah goyang dengan kegagalan atau anasir-anasir negative yang mungkin datang menganggu. Sebabnya, kita lakukan kerana minat!
Image
2.    Banyak membaca dan belajar
Ketahui bahawa untuk berjaya, memerlukan ilmu. Tidak semestinya mendapat kelulusan dari university. Ramai usahawan jutawan yang saya kenali tidak mempunyai segulung ijazah pun.Tetapi, yang pasti ilmu mereka adalah tinggi dalam bidang perniagaan. 

Ilmu boleh diperolehi dari buku-buku perniagaan di pasaran. Zaman kini, ilmu di hujung jari membolehkan kita membaca pelbagai teknik, dan strategi kejayaan di Internet juga. Sekiraya malas membaca seperti ramai antara kita, YouTube itu sendiri mengandungi pelbagai ilmu perniagaan yang boleh didalami.

Pendek kata, zaman ini, tiada alasan untuk tidak mencari ilmu oleh kerana ianya terdapat di mana-mana sahaja. Untuk berjaya, tidak semestinya kita melakukan sesuatu yang baru yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain. Mencapai kejayaan usahawan jutawan telah dicapai oleh ramai usahawan. Tugas anda adalah melihat dan belajar daripada kisah-kisah kejayaan ini dan aplikasi kepada diri anda sendiri.

3.    Cari sokongan sekeliling
Jauhkan daripada mereka yang sering berfikir dan bercakap negatif. Mereka akan menghilangkan keyakinan diri dan semangat anda. Dekatkan diri dengan mereka yang berfikir positif dan bercakap postif. Mereka akan meningkatkan keyakinan dan semangat anda untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.

Sememangnya benar, sokongan sekeliling adalah amat penting. Sekiranya kenalan kita sekeliling di kategorikan sebagai kaki lepak, lambat laun, kita sendiri pun akan turut sama jadi kaki lepak. Tetapi sekiranya kenalan kita sekeliling terdiri daripada usahawan-usahawan, pastinya aura keusahawanan itu juga dapat pada diri kita sendiri.

Bayangkan keadaan di mana anda mempunyai masalah perniagaan dan kongsikan masalah tersebut pada kenalan kaki lepak. Pastinya jawapannya adalah “Tu lah engkau ni, aku dah kata dah. Susah buat bisnes. Baik lepak je”. Tetapi, sekiranya masalah yang sama dikongsikan dengan kenalan usahawan pula, pastinya jawapan adalah “Eh, biasa lah tu dalam perniagaan. Jangan risau kalau tak dapat sale, aku dulu pun tak dapat sale juga… jom kita pergi sama-sama buat sale”.

Mempunyai sokongan yang padu dari kenalan dan keluarga sekeliling pastinya akan dapat membantu anda dalam mencapai kejayaan.

3 petua ini adalah petua yang saya sendiri amalkan sejak dulu lagi ketika mula memulakan perniagaan tika umur saya di awal 20-an sehingga hari ini. Saya akan pastikan sekiranya saya memulakan sesuatu perniagaan, saya akan lakukan perniagaan yang menurut minat saya, saya akan selalu mencari ilmu di mana-mana sahaja, saya tidak mudah putus asa dan berusaha secara konsisten serta akan mencari jaringan kenalan usahawan dalam menyokong usaha saya.

Kekayaan memerlukan pengorbanan? Tidak semestinya....

Kekayaan memerlukan pengorbanan? Tidak semestinya....
Oleh: Irfan Khairi (Ekstrak artike Harian Metro)

Ada antara kita yang pernah merasai kejayaan, begitu juga ada antara kita pernah merasai kegagalan. Begitulah roda hidup, adakalanya di atas dan adakalanya dibawah. Pastinya bagi mereka yang pernah merasai kedua-dua perisa hidup ini juga tidak lari dari melihat tingkah laku mereka di sekeliling kita. Bila berjaya,ramai pula yang datang. 

Bila gagal, semua pula menghilang. Bila anda kaya, pastinya ramai akan ingin menjadi sahabat anda, ramai juga akan mengaku saudara. Bila anda miskin, dan perlukan sesuatu, tiada siapa pula yang pedulikan anda. Sememangnya wang itu penting, tetapi bukan segala-galanya boleh dibeli dengan wang.

Memang dengan wang, kita boleh beli sebuah rumah yang besar, tetapi belum tentunya tempat tinggal keluarga yang bahagia. Memang betul kita boleh beli jam berjenama mahal, tetapi tidak tentu kita boleh membeli masa. Ya, kita boleh beli segala ubat-ubatan, namun belum pasti kita dapat membeli kesihatan. Membeli buku sememangnya mudah dengan wang, tetapi belum tentu mendapat ilmu.

Ramai yang beranggapan untuk menjadi kaya, kita perlu korbankan sesuatu. Dan pengorbanan itu pula adalah satu pengorbanan yang besar. Mungkin sering kali juga kita mendengar masalah ini di mana seorang usahawan yang terlalu sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawab keluarga. Atau seorang yang kaya raya joli sana joli sini, sehingga mengabaikan agama. Ada juga golongan wanita yang terlalu sibuk dengan perniagaan sehingga terabai tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Sememangnya Islam menggalakkan umatnya mencapai kecemerlangan dalam apa sahaja bidang, termasuk kekayaan. Sahabat Rasullullah SAW juga antaranya adalah golongan yang kaya. Namun apa yang ditekan kan adalah “umattan wasatan” iaitu umat yang cemerlang dalam segala aspek dan mengimbangkan kecemerlangan itu.


Image
Ertinya, kalau cemerlang berniaga, pastikan cemerlang juga bersama keluarga. Sekiranya cemerlang dalam perihal kewangan, jangan abaikan perihal kekeluargaan. Cemerlang di dunia, perlu cemerlang di akhirat.Satu mindset yang perlu dimiliki dalam kekayaan adalah, tidak semestinya kita perlu memilih antara satu dengan yang lain. Sekiranya kaya, perlu korbankan sesuatu. Sudah pastinya tidak.

Tidak apa juga untuk kita mahukan kesemuanya. Ada juga yang berperasaan seumpama tamak kerana inginkan kesemuanya, keluarga yang bahagia, serta harta yang kaya.  Tanggapan sebegini perlu dibuang jauh-jauh oleh kerana ia hanya akan sabotaj diri sendiri untuk mencapai kecemerlangan.

Kecemerlangan yang sebenar adalah apabila kita hebat dalam semua bidang yang dilakukan.

Oleh itu,pelbagai kebolehan perlu dipelajari bukan sahaja dalam skil menambahkan pendapatan, tetapi juga kebolehan menguruskan masa. Bukan sahaja skil berunding perihal perniagaan, tetapi juga skil membahagiakan keluarga.

Perlu ingat bahawa memilih satu antara yang lain akan menjadikan diri kita tidak lengkap dan tidak imbang. Sememangya wang bukan segala-galanya, tetapi pastinya wang adalah amat penting dalam hidup harian kita kini. Begitu juga dengan masa, keluarga, dan agama.

Perginya seorang Insan Yang Hebat....

assalamualaikum,

inalillahiwaiƱna'ilaihirojiun.
Alfatihah Kembalinya nenda Hjh Dolly bt Udin ke rahmatullah jam 4.45ptg 18/12/2014 bersama 25 Safar 1436H bertempat d No. 55, Jln Muhibbah, Kuching. Jenazah beliau telah slmt dikebumikan di perkuburan Semariang selepas solat Jumaat 19/12/2014 Semoga roh beliau dicucuri rahmat & ditempatkan bersama para solihin. Aamiin

banyak yang telah saya pelajari beberapa harini. maka, harini saya akan kongsikan pengalaman saya berdepan dengan situasi seperti ini. Alhamdulilah.alhamdulilah, alhamdulilah....semuanya berjalan dengan lancar..

serba sedikit tentang nenda saya.. saya panggil dia Nek E. Nek E kuat orangnya walaupun tubuhnya kecil. kenapa saya kata kuat sebab setiap hari dia akan bermain dengan pokok2 dan bunga2 dari pagi sampai petang. bercankul, angkat pasu, korek tanah..ada jer aktiviti dia. Mungkin inilah cara dia nak bantu ciptaan Allah yang lain utk hidup dengan segar dan selesa di muka bumi. Dia lakukan ni sehinggalah umur dia 85 tahun. sehingga saat2 akhir sebelum beliau mula lemah hingga tak mampu bergerak dan hingga nafas beliau terakhir. HEBAT kan? saya yang muda begini pun tidak mempunyai kekuatan seperti beliau. 

Nek E juga suka mengemas dan pembersih. sangat titik beratkan kebersihan. kalau hari hujan, tak dpt ke berkhidmat pada tanah, beliau akan mengemas di rumah. Beliau juga seorang yang cepat "melatah" kalau diusik. saya rindu ni, gurau senda dengan Nek E dah xdpt dah tp xpe, Allah ada bersama beliau. 

lebih kurang sebulan kematian beliau, beliau mula dengan memberitahu sakit pada bahagian perut (kawasan hati - kerana beliau pengidap kanser hati) , kadang2 beliau tak sedar yang beliau kencing atau berak. seminggu kemudian, dia mula lemah..tak dpt nak bergerak jauh , duduk dan baring sahaja. semakin lama, semakin sukar baginya. Makan tak boleh nak telan sungguh2 seperti selalu. Lemah katanya, sebab makan sikit sahaja. Demam mula menyerang secara perlahan2. kulit mula bertukar warna kuning, kaki mula kembang, dah x blh nak jalan..pampers diberikan. kebanyakkan masanya habis dengan berehat dan tido. 

pada 17/12/2014 , lebih kurang 1130pm..beliau mula meminta maaf. inilah masanya dimana kami semua mula rasa masa beliau sudah tiba. ahli keluarg asemua dikumpulkan utk memberi penghormatan terakhir. lebih kurang tengahri pada 18/12/2014 kaki beliau mula sejuk, tangan mula sejuk. bacaan yasin tak putus2..ucapan 'La Illa Hailla ALLAH' ditelinganya tak putus2. sejak dari masa tu hinggalah masa kematian beliau tak tido. dah hembusan terakhir nya sanagt mudah dan sangat tenang. Maka tidolah beliau dan bertemu dengan Yang Maha Pencipta. 

Jenazah dimandkan selepas Maghrib. aku dengan rela hati untuk membantu dalam proses memandikan dan mengemaskan jenazah. Inilah pengalman pertamaku, syukuralhamdulilah aku diberi kekuatan untuk melakukannya. aku sanagt teruja dan gembira diberi peluang seperti ini. TERIMA KASIH ALLAH. selepas selesai dimandikan dengan wangi , dipakaian pakaian putih, telekung, dikapankan dengan kemas, diletakkan wangian yang sangat harum, maka bersiap sudah untuk solat jenazah. 

semalaman jenazah dirumah ditemani ahli keluarga. perkebumian dilakukan selepas solat jumaat pada 18/12/2014 . semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. alhamdulilah. 

sekian sahaja dari saya..terima kasih keran sudi membaca pengalaman saya.