INFO

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

4 STRATEGI MARKETING

============
4 STRATEGI MARKETING TAHUN 2015
============
Tahun 2015 bukan lagi masa untuk menjual secara random.
Ikuti strategi marketing berikut untuk 'boost' jualan anda:

1.KENALI PELANGGAN!
Sama ada anda menjual produk kemahuan atau keperluan, anda perlu kenali SIAPA pelanggan anda.
Kaji apa MASALAH yang mereka alami yang berkaitan dengan produk, CARI di mana mereka berada dan berikan PENYELESAIAN yang amat2 mereka perlukan itu.

2. BIAR PELANGGAN KENAL WATAK DI SEBALIK BRAND
Mengikut kajian, pelanggan lebih SELESA & PERCAYA apabila berinteraksi dengan ‘orang yang hidup’ berbanding ‘jenama’.
Cuba naikkan satu watak untuk bisnes anda yang prospek boleh dikenali dan kurangkan naikkan jenama bisnes semata-mata.

3. WUJUD DI SOCIAL MEDIA
Prospek lebih mudah terpengaruh dengan apa yang diceritakan di media social.
Malah, mereka akan merujuk media social terlebih dahulu untuk mengetahu apa-apa maklumat berkenaan jenama anda.
Oleh itu, kehadiran & interaksi anda di semua platform media social memberi satu kelebihan berbanding jenama lain.

4. PEMASARAN KE DATABASE PELANGGAN
Haa.. ini WAJIB untuk tahun 2015!
Pelanggan sekarang semakin bijak dalam MENILAI setiap iklan yang mereka lihat.
Jadi, jika bisnes anda sudah anda pelanggan sedia ada, inilah masanya untuk mendapat repeat sales dari mereka.
Kenapa? —> kerana mereka sudah mempunyai PENGALAMAN berurusan dan PERCAYA pada bisnes anda.

Resveratrol!!

Vivix shaklee mengandungi resveratrol yang tinggi....

Bukan sahaja awet muda, tetapi bantu baiki sel2 rosak dalam tubuh kita....

Rugi kalau x amalkan...lagi2 yang dh berumur...mmg perlu jaga kesihatan....

nutriwhite shaklee





khas untuk kuliat normal....
boleh didapati secara berasingan...

berminat boleh hubungi saya di talian 013-8339343 (zuri)

Apa pentingnya komunikasi dalam perniagaan?

Apa pentingnya komunikasi dalam perniagaan?
Oleh: Irfan Khairi 

Komunikasi adalah amat penting dalam perniagaan & kerjaya. Sama ada cara kita bercakap dengan boss kita, staff kita, pelanggan kita atau teman sekerja yang lain.

Anda perasan tak bahawa CEO company, selalunya adalah mereka yang hebat berkomunikasi? Mereka yang berpangkat tinggi dalam syarikat adalah mereka yang efektif dalam berkomunikasi? Dan nama-nama ikon perniagaan seperti Donald Trump, Bill Gates, Michael Dell, Anita Roddick (Bodyshop) kesemuanya amat bijak apabila memberi public speaking (komunikasi).

Jawapannya adalah, ianya bermula dengan kebolehan berkomunikasi dengan efektif. Komunikasi yang akan membawa seseorang itu menjadi CEO, komunikasi yang efektif yang akan membawa seseorang itu berpangkat tinggi, serta komunikasi yang efektif juga membawa nama ikon perniagaan bersama perniagaan mereka kepada kejayaan.

Di negara barat, amat jarang kita temui orang yang pemalu, atau segan dalam berkomunikasi. Ini adalah kerana, sejak sekolah lagi mereka dididik mengenai kominikasi berkesan. Di Malaysia pula, ramai yang pendiam, pemalu dan penyegan oleh kerana kebudayaan Malaysia.

Tip hari ini adalah untuk anda fikir sejenak, adakah kelemahan dalam bidang komunikasi yang menghalang kejayaan anda? 

Dalam aktiviti jungle tracking, peserta yang dibelakang sekali akan menentukan kelajuan kumpulan itu untuk sampai ke destinasi betul tak? Ini kerana, peserta yang paling lemah di belakang akan mengganggu kelajuan keseluruhan kumpulan, walaupun peserta yang didepan adalah kuat dan laju.

Cuba anda ingat kembali sekiranya anda pernah pergi jungle tracking dengan satu kumpulan, tidak kira betapa laju yang depan (selalunya team leader), tetapi, kalau dah kedepan sangat, team leader tersebut perlu berhenti dan tunggu anak-anak buah yang lain. Terutama yang paling lemah di belakang sekali. bukan?

Pengajarannya adalah, kelemahan inilah yang akan melambatkan anda dalam mencapai matlamat anda.
Image
Perbaiki kelemahan anda yang paling ketara, dan ini akan mencepatkan lagi anda dalam mencapai apa sahaja matlamat anda. Sebelum itu, anda perlu pastikan dan mengaku dimanakah kelemahan anda (dimanakah peserta paling lemah di dalam diri anda). Dengan mengetahui faktor yang paling lemah, baru anda tahu cara memperbaikinya.

Ketika saya baru mula menjalankan perniagaan, kelemahan utama saya adalah dalam bidang komunikasi. Kelemahan ini telah menghalang saya mencapai kejayaan yang lebih baik. Maklumlah, orang Malaysia ramai yang penyegan dan pemalu sama seperti saya juga dulu.

Ada juga yang memikirkan mereka sudah hebat dalam komunikasi, tetapi masih belum mencapai kejayaan yang diinginkan. Puncanya adalah, komunikasi bukan sahaja pada percakapan. Tetapi cara kita berkomunikasi melalui gaya, cara, body language, dan juga cara kita menulis.

Bak kata pepatah, "Communication - the human connection, is the key to personal and career success." - Paul J. Meyer