INFO

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

kenapa ada yang kata Mealshake Shaklee tidak selamat untuk kanak-kanak?

Isu 1: Mealshake Shaklee ada Maltodextrin

 Mealshake Shaklee mengandungi Maltodextrin di dalamnya., kita tengok dulu apa itu Maltodextrin.
Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan yang diproses sebagai ‘thickener’ atau ‘filler’. Tapi hakikatnya Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Jadi maltodextrin ni bukannya bahan kimia yang dihasilkan dalam makmal atau kilang. Ia diekstrak dari makanan asas kita juga. Ia memang biasa dijumpai dalam protein shake seperti Mealshake Shaklee sebab ia diperlukan untuk bekalkan ‘glucose’ dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik tinggi.
Memang ia bukanlah makanan yang sihat kerana disebabkan Indek Glisemik nya tinggi , Maltodextrin akan diserap dengan cepat oleh badan dan ditukarkan menjadi ‘glucose’ di mana jika tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemakItu sahaja keburukan Maltodextrin. Makanya jika nak ambil makanan yang mempunyai kandungan Maltodextrin yang tinggi, ambil lah selepas anda bersenam kerana ketika itu badan anda memerlukan ‘sugar’ atau ‘glucose’ dengan capat dan Maltodextrin boleh bekalkan kepada tubuh anda

Isu 2: Kandungan gula (‘sugar’) dalam Mealshake Shaklee


Isu kedua yang diperkatakan adalah kandungan gula atau ‘sugar’ dalam Mealshake. Ia menjadi isu kerana di pelekat ‘Ingredients’ pada Mealshake, tertulis untuk serving per 100g, Mealshake Shaklee membekalkan 47.1g gula (‘sugar’) yang mana agak tinggi untuk kanak-kanak.
Ya ia memang tinggi jika kita beri anak kita makan 100g Mealshake Shaklee sehari. Tetapi panduan pada botol Mealshake Shaklee sendiri sudah tertulis Serving Size yang dicadangkan hanyalah 34g di mana ia mengandungi cuma 16.0g gula (‘sugar’). Memang Shaklee sendiri tidak suruh ambil 100g sehariShaklee cuma suruh ambil 34g sehari iaitu bersamaan dengan 1/4 cup.
jadi, kita hanya perlu mengikut panduan yang betul

Isu 3: Mealshake tidak sesuai untuk anak bawah 4 atau 6 tahun

Jika ditanya kebanyakan pengedar, ramai yang akan jawab Mealshake Shaklee boleh diberi kepada anak berusia 1 tahun ke atas. Jadi isu ketiga yang timbul adalah Shaklee tidak pernah mengatakan ia selamat untuk kanak-kanak berusia 1 tahun. Apa yang anda harus tahu,serving size 34g dicadangkan oleh Shaklee itu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan anak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.
Jadi semestinya usia 1 tahun sistem penghadamannya masih belum matang. Di sinilah ibu harus menggunakan kebijaksanaan ibu sendiri. Untuk anak-anak bawah 4 atau 6 tahun, jika mahu diberikan Mealshake Shaklee, kita ada panduan pengambilan yang khusus. Panduan pengambilan ini diselaraskan mengikut umur anak supaya tidak membebankan sistem penghadaman anak yang masih belum matang
Tapi pada saya itu bergantung kepada penilaian ibu. Jika anda tidak yakin walaupun sudah ada panduan pengambilan Mealshake Shaklee yang betul mengikut umur anak anda, usah berikan kepada anak anda. Tapi jika anda yakin, pastinya Mealshake Shaklee pilihan tepat untuk kesihatan seharian anak anda.

No comments:

Post a Comment