INFO

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Dino Trek bersama keluarga...

Semangat nak gi Dino Trek di Muzium Sarawak.. seawal 9 pagi harini bersama anak2 . Semua dah siap untuk jadi pengunjung pertama.. bukan main lagi excited kami ni...

tepat jam 9:05am kami sampai d Muzium Sarawak, kereta tak banyak malah org pun tiada.. rupanya buka jam 10am..hwahwahwa..

maka balik lah dulu, singgah di rumah nenek utk bermanja sekejap dan breakfast.

Saya pula sempatlah ambil esp + cinch vanilla + collagen disertai dgn vit  b complex, corotomax dan vit c plus. Alhamdulilah. memberi tenaga utk saya menjadi driver harini...hehe

jam 10am kami mulakan perjalanan semula ke Dino Trek, anak2 sangat gembira dengan pelbagai aktiviti yang mereka turuti. dapat melihat Replika dinosor yang besar, telur dinasor dan baby dinosor. sangat menarik!! cukup mengujakan bagi anak2 yang berumur 3 dan 4 tahun...

selama sejam kami berada didalam Dino Trek, anak2 sempat mengikuti pertandingan mewarna. Alhamdulilah dapat saguhati. hehehe....TAHNIAH anak2 ibu..

setelah penat bermain maka, kami pulang jam 11:30am dan berehat.. sampai disini saja aktiviti kami hari ni..ada masa nnt akan tulis lagi..

tata...





No comments:

Post a Comment