FUNGSI
Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon,
yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk
tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanakkanak.
Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga
penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan
hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.
Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari
sumber makanan; vitamin D3 (cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada
dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada
tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan
lebih aktif.
SUMBER
Vitamin D bolehdiperolehi daripada minyak hati ikan, ikan air masin , hasil tenusu, dan telur . Ia juga
didapati daripada mentega, minyak ikan kod, putih telur, ikan halibut, hati, susu, oat, ikan salmon,
sardin, ubi kentang, tuna, dan minyak sayuran . Vitamin D juga terbentuk oleh badan kesan dari
tindakbalas terhadap cahaya matahari pada kulit.
KEKURANGAN
Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan :
Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak;
tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot).
Osteomalacia, pada orang dewasa ( tulang menjadi lembut, yang menyebabkan sakit,
terutamanya pada kaki, pinggang, leher, dan tulang dada; mudah patah tulang; kejang otot
pada tangan, kaki, dan tekak).
Ostematrik shaklee mengandungi kalsium, vit D, magnesium etc
Assalamualaikum, Apa kabar semua? sihat? alhamdulilah... Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kesihatan kita. Adakah anda mempunyai vitamin yang mencukupi dalam badan anda? adakah anda tahu bahawa vitamin dan mineral dalam badan amat penting untuk tubuh badan kita? air yang mencukupi, zat yang mencukupi, semua ini amat penting SHAKLEE blh bantu anda.. ) Saya Pengedar Sah Shaklee di KUCHING, SARAWAK
INFO
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
No comments:
Post a Comment