INFO

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Shaklee Collagen Powder MAHAL!!!

Nak tau KENAPA? Jom jemput baca



Collagen ni terdiri dari 3 jenis sumber- dari TUMBUH-TUMBUHAN, dari HAIWAN TERNAKAN dan dari sumber MARINE

#1: Collagen dari tumbuh- tumbuhan

Paling murah sebab senang je kot nak petik tumbuh-tumbuhan ni. Tapi, daya serapan ke dalam tubuh adalah sangat rendah. Biasa collagen jenis ni yang ada rasa MANIS & SEDAP.

Tapi jangan tak tahu, biasanya kalau collagen tu manis, maksudnya kandungan pemanis dalam collagen tu adalah lebih tinggi dari kandungan collagen sendiri. Maksudnya kita bayar harga pemanis saja, harga collagen takde ape pun sebab kandungan collagen dalam tu rendah

#2: Collagen dari haiwan

Biasanya dapat dari ayam, lembu atau babi. Banyak digunakan sebagai suntikan collagen. Collagen dari sumber haiwan ni terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran KIMIA.

Industri Collagen memang maklum Collagen jenis ni KURANG SELAMAT dan KURANG BERSIH. Ye lah nak kasi ayam gemuk, kena suntik hormon. Nak bagi lembu makan, kena bagi rumput yang disembur pesticide. Kira susah lah nak cari sumber haiwan tapi betul-betul bebas bahan beracun atau bahan kimia.

#3: Collagen dari sumber marine

Collagen yang paling BERKUALITI TINGGI. Orang Jepun dah lama guna marine sourced collagen untuk rawat sakit sendi.

Sebab apa bagus?

Sebab sumber marine yang shaklee ambil adalah daripada IKAN MERAH yang duduk di lautan dalam (deep ocean).

Mengikut kajian, kandungan collagen dalam IKAN yang duduk di DASAR LAUTAN ni adalah lebih tinggi berbanding kandungan collagen di dalam haiwan lain atau sumber tumbuhan.

Plus, bila dah duk kat laut dalam tu, sah- sah lah minyak atau sampah sarap tak sampai kat situ, membuatkan ikan merah tu betul- betul bebas dari pencemaran dan bahan kimia.

Cuba bandingkan kos nak kumpul tumbuhan atau kos nak tangkap ayam kat ladang, dengan kos nak tangkap ikan merah kat deep ocean, mana lagi mahal?



FEBRUARY PROMOTION 2014

-Kenali Perbezaan Vita-Lea Shaklee-

• Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia
• Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-Min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.
• Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.
• Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
• Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang
Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina
• Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”
• Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
• Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
• Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%
• Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.



Kebahagiaan....Hidup Untuk Memberi...

Tanggal 26 Januari 2014, Adam's Family bersatu sepena Hari Jadi sepupu lelaki ku yang ke 21. (dapat kunci) . Kunci ? mesti ada yang tertanya-tanya kunci apa kan,,,

* Kunci pelepasan untuk memilih kehidupan yang terbaik di Dunia dan Akhirat... (u r free now)


kehidupan penuh dengan warna-warni..ada masanya kita berkumpul dan bersama untuk berkongsi REZEKI yang Allah telah berikan pada kita....Ya, setiap rezeki itu milik Allah.. adalah menjadi tanggungjawab kita untuk terus berkongsi dengan yang memerlukan.. Pemurah adalah antara sifat Allah swt.

Bahagianya bila bersatu untuk membantu satu sama lain, mari kita lihat apa itu bahagia..

Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia. 

dipetik dari :
http://genta-rasa.com/inilah-makna-bahagia/



Jamuan berjalan dengan lancar, dari 12pm-4pm... Alhamdulilah...makanan sedap2 belaka. Aktiviti menarik semuanya dengan tema MERAH.lagi. Terbaik!! semoga kehidupan kita sentiasa untuk memberi -  kunci pada Menjemput Rezeki.. ALHAMDULILAH. 

Jika ada aktiviti dari Adam Family's , InshaaAllah akan update lagi...

p/s: sebenarnya byk juga dah aktiviti bulan Januari ni...hihi....

6 sebab kita MEMBAZIR WANG

6 sebab kita MEMBAZIR WANGOleh Irfan Khairi

Adakah anda sanggup keluarkan wang satu ringgit dari poket anda dan koyak-koyakkannya? Pastinya jawapan anda adalah, TIDAK. Sebab apa? Sebab anda tidak akan membazir wang sebegitu. Tetapi, tanya pada diri sendiri. Pernah atau tidak anda membeli majalah atau buku, dan meletakkanya ke tepi di mana kemudian anda tidak sempat membacanya? Atau membeli baju baru, dan hanya sedar selepas beberapa bulan anda hanya memakainya sekali sahaja? Pernahkah anda membeli sesuatu yang anda rasakan amat anda mahukannya, tetapi, sedar tak sedar, anda tidak perlukannya?

Pastinya pernah bukan? Ianya terjadi pada ramai antara kita.

Apabila melihat wang ringgit di tangan, semestinya kita sayangkannya  oleh kerana penat lelah kita bekerja untuk mendapatkannya. Tetapi, bila datangnya masa untuk berbelanja dan membeli, adakalanya nilai barang yang dibeli sudah tidak dapat dilihat, dan di sini pembaziran pun berlaku.

Berikut adalah 6 sebab mengapakah pembaziran berlaku:

Kita memberi alasan untuk berbelanja

Kita sering memberi sebab mengapa kita perlu berbelanja, seperti "aku dah kerja keras, aku berhak berbelanja untuk kepuasan diri". Tidak kira, sama ada untuk membeli sesuatu yang mahal, makan minum yang mewah atau percutian diluar kemampuan. Adakalanya juga kita yakinkan diri sendiri untuk menjaga ego kita bahawa kita mampu berbelanja sedemikian.

Kita tak mahu dilihat kedekut

Adakalanya kita fikirkan apa orang lain berangapan mengenai kita. Kita rasakan orang akan menganggap kita kedekut sekiranya kita kurang berbelanja. Untuk meningkatkan keyakinan diri, kita berbelanja supaya mendapat apa yang dianggap persetujuan dari orang lain.

Kita rasakan ianya sukar untuk memahami kewangan

Alasan tidak memahami perihal kewangan juga sering diberi, seperti, "aku tak pandai dengan angka", "aku tak akan jadi kaya", sukarnya memahami pelaburan" dan sebagainya. Alasan sebegini juga mengukuhkan lagi sebab mengapa kita perlu berbelanja dan membazir dan tidak pula menyimpan dan melabur.


Kita suka pada kepuasan sebentar

Apabila emosi menguasai perasaan ingin membeli, pastinya kita akan membeli sesuatu itu, tidak kira sama ada perlu ataupun tidak. Kepuasan sementara yang dialami apabila mengeluarkan wang dan mendapatkan sesuatu itu dirasa bagaikan satu nikmat yang amat sangat.

Kita tidak mengaku (atau tahu) berapa sebenarnya perbelanjaan kita

Pernah kah kita mengira berapa sebenarnya perbelanjaan bulanan anda dengan tepat? Selalunya tidak. Mungkin anda mengira bil telefon anda, bayaran rumah, ansuran kereta, bajet makan minum sebulan, serta anda juga mengira wang untuk hiburan dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan perbelanjaan yang datangnya sekali sekala seperti bayaran insurans kereta dan cukai jalan, bayaran servis kereta, baik pulih rumah, temujanji doktor gigi setahun sekali dan sebagainya? Adakah perbelanjaan sekali sekala ini dikira dalam bajet bulanan? Selalunya tidak dan ini yang mengakibatkan kita tidak dapat lihat perbelanjaan sebenar dan mengakibatkan pula kita berbelanja lebih.

Kita melengah-lengahkan masa menguasai wang

Saya yakin ramai antara kita ingin memperbaiki kewangan diri. Sama ada dengan cara ingin melabur, atau ingin memulakan perniagaan atau ingin pelajari skil baru untuk menambahkan lagi pendapatan. Namun, kita melengah-lengahkan masa dan tidak meletakkan ini sebagai  prioriti. Akibatnya, kita berbelanja dam membazir sehingga tiba waktu yang terbaik untuk kita mulakan langkah kita memperbaiki kewangan.

Dengan memahami dan mengetahui sebab kita membazirkan wang, maka kita setapak lagi kehadapan dalam memahami tabiat kewangan kita. Mudahan kita akan ingat 6 sebab ini sebelum kita melakukan pembaziran.