INFO

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SALAM KEMERDEKAAN - cara bancuh ESP

Tanggal 31 OGOS 13

SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA BUAT MALAYSIA

Bulan Kemerdekaan, Semangat Merdeka...


Variasi resipi cara bancuh ESP
Memandangkan ESP ni  one of our best seller.. maka dibwh ni disenaraikan cadangan beberapa cth resipi cara bancuh yg anda boleh cuba..
  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee

  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  13. ESP + KOKO + OAT
  14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
  16. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
  17. ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
  18. ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
  19. ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
  20. ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!
*boleh tambah list ini ikut pengalaman anda
_____________________________
Dan ini pula resipi smoothies
Bahan2:
  • Segelas fresh milk
  • 1-2sudu besar natural plain yogurt
  • fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
  • Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
  • 1 sudu kecik madu
  • Serbuk koko (optional)
Cara2 : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm

NOTES:
  • JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
  • Jangan ambil lebih dari 3sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)

KEPENTINGAN VITAMIN B KOMPLEKS




Kita memerlukan vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan. Antara vitamin yang kita perlukan untuk kekal sihat adalah vitamin B kompleks.

Vitamin B kompleks adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B kompleks terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin

Setiap komponen dalam vitamin B kompleks memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B kompleks boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain tiu, kekurangan vitamin B kompleks juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B kompleks akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS
1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK
1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA
1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG
1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).

Pilihan Hari Raya

FIrst time saya beraya bersama SHAKLEE...
first time test market shaklee di hari raya..
SUbhanaALLAH.. menakjubkan...ramai ambil set kurus, set kecantikkan kulit...

tanpa diduga..set bersalin dan set mengandung pun dapat sambutan...
syukuralhamdulilah, rezeki bulan baik ni....

Supplement SHAKLEE telah bantu ramai orang untuk menjadi lebih sihat dan gembira..
saya sebagai distributor sangat bangga bila dapat bantu menyediakan supplement shaklee utk orang yang memerlukan..I FEEL GOOD!!

PEngguna Jalur Lebar masa kini sanagaaatttt ramaiiii.... mudah kalau nak share atau berkongsi maklumat...nak cari maklumat pun mudah...

saya buat shaklee ni, nak bantu suami.. dari income bonus shaklee 3 angka, sekarang alhamdulilah dah 4 angka...pampers, susu, yuran sekolah anak alhamdulilah dapat cover...feeling SOOOO HAPPY!!

shaklee ni modal dia kecik je..RM65..postage ke smnanjung RM10 , ke sabah/swak RM20
xde lah besar mana pun kan..kalau kita usaha sungguh2, pulangan pun inshaaAllah setimpal dengan usaha kita...

kalau nak join shaklee ni boleh ctc saya.. blh sms/wa di 0138339343
kalau berada di Kuching, Sarawak tue..boleh ctc jak kmk, kita polah apointment utk jumpa...


JUST DO IT!!!!

OGOS 2013 - buy 6 FREE 1 AJHT

OGOS 2013 - buy 6 FREE 1 AJHT

Joint health tablet ada ekstrak jagung (glucosamine) yg membekalkan pelincir , membekalkn kusyen antara sendi2 & komponen penting dlm pembinaan blok utama tulang rawan & bendalir sinovial 

Selain itu terdapat juga ekstrak Boswellia yg digunakan utk merawat osteoarthritis & rheumatoid arthritis
Lagi , terdapat vit C nutrien penting dlm sintesis kolagen. Ada zink, copper & mangan - co factors bagi enzim yg membina kolagen & glikosaminoglikan
 




 Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi

.Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu product semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya

.Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament.Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang

.Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIXbagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yangsulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?A : Ya.


TESTIMONI :
testimoni pengalaman Pn Alin...(sumber: from her blog)...."...Saya sering sakit bahu belikat apabila duduk lelama mengadap PC, pasti terasa bahu belikat tegang dan tak selesa. Selain itu, sejak extend breastfeeding Dzakirah, kaki sering didatangi en. biawak a.k.a simpul biawak... hehe its happen bila guna kasut yg tak berapa nak tinggi pun... Bunyi keriok-keriok sering juga berkumandang tatkala bila nak duduk antara 2 sujud... Normally ni semua anggapan pengambilan kalsium yang tak cukup...Tapi sedar tak anda, ia bukan sekadar tak cukup kalsium... itu tandanya anda mengalami sakit sendi yg "mild"... puncanya?? Tahukah anda kekerapan melakukan aktiviti seperti kedudukan poster yg tak betul yg terlalu lama, sering dukung anak, tidur yang salah posisi dan juga sering mengangkat benda-benda berat, boleh mengundang sakit bila kekerapan aktiviti-aktiviti ni secara longterm... maka terjadi ler sakit sendi lutut,sakit sendi tangan,sakit sendi kaki,sakit sendi bahu,sakit sendi siku..Alhamdulillah selepas 5 hari mengambil Advance Joint Health Tablet (2 biji) + osteomatrix (4 biji) sebelum tidur... dah tak ada bunyi keriok-keriok pada lutut. Rasa licin saja sendi-sendi terutama bila bangun dari duduk antara 2 sujud, naik tangga mahupun duduk lelama depan PC. Kalau tak, memang terasa.Alhamdulillah, dengan izin Allah jua. Saya suka !! kini saya hadiahkan juga kepada mak & ayah saya, nenek-nenek saya...

***********************************************

Shaklee independent distributor 

NUr Zuri (883348)
013-8339343

Kewajipan Cari Rezeki Halal walaupun dalam Kesempitan

HAKIKATNYA nasib manusia di dunia tidak sama dari segi kekayaan, penguasaan ilmu dan darjat kerana Allah mencipta keadaan itu supaya manusia saling memanfaatkan antara satu sama lain. 


 


Namun, ia tidak bermakna yang mendapat kurang mesti berserah kepada takdir semata. Manusia diberikan akal untuk berfikir berusaha memenuhi keperluan hidup dan mencapai keadaan lebih baik dalam kehidupan seharian.

Teori ekonomi menyebut tiga keperluan asas manusia adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. Individu atau keluarga yang tidak mampu memenuhi keperluan asas tergolong sebagai amat daif dan memerlukan bantuan pihak lain untuk meneruskan kehidupan seharian. 

Bagi umat Islam, dalam usaha mendapatkan keperluan asas atau kehendak lain, wajib diperoleh dengan cara halal. Kemiskinan bukan alasan untuk menghalalkan perbuatan yang salah. 

Kemiskinan menghampirkan diri kepada kekufuran. Ia umpama bom jangka bila-bila masa boleh meletup menimbulkan malapetaka dalam masyarakat. Masyarakat yang lebih banyak didiami golongan miskin sentiasa berdepan situasi tegang, terancam dan cemas. 

Perbuatan salah mendedahkan diri kepada keadaan yang lebih buruk. Pelakunya berdepan dengan hukuman buatan manusia di dunia ini dan di akhirat pula, akan menerima balasan lebih pedih, melainkan pelakunya sempat bertaubat dan melakukan banyak kebaikan. 

Batasan haram dikecualikan hanya dalam keadaan terlalu terdesak atau darurat. Pun begitu, keadaan itu tidak berlaku di negara kita. Golongan miskin berpeluang mendapat bantuan daripada pihak kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan dan penderma individu. 

Justeru, tidak ada alasan untuk rakyat di negara ini mengatakan dia terpaksa melakukan perbuatan ditegah agama kerana terlalu terdesak untuk memenuhi keperluan hidup. 

Rakyat Malaysia bernasib baik kerana peluang pekerjaan masih terbuka luas di negara kita. Berjuta-juta rakyat negara lain datang ke Malaysia mencari rezeki yang dikatakan sebagai lubuk emas. 

Kekuatan rohani dan jasmani penting dalam usaha mencari rezeki. Kita mesti berfikir dengan positif dan gunakan kekuatan fizikal untuk melakukan usaha bersesuaian. Keyakinan terhadap kemampuan diri penting bagi menjana semangat melakukan usaha kebaikan. 

Rasa keyakinan diri termasuk dalam erti bersyukur. Kita berasakan apa yang dikurniakan Allah dari segi kekuatan akal, fizikal, masa hidup dan peluang yang ada sebagai satu anugerah perlu dimanfaatkan sepenuhnya. 

Ada individu serba kekurangan dari segi fizikal, tetapi dapat hidup berdikari. Mereka tidak menjadikan kecacatan sebagai alasan untuk mendapat simpati orang ramai. Justeru, mengapa pula individu yang sempurna fizikal tidak dapat melakukan lebih baik daripada itu?

Yakin diri lahir daripada individu yang mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kelebihan dianugerah Allah adalah amanah untuk melakukan kebaikan. 

Individu yang mencipta kejayaan cemerlang memulakan usaha dengan yakin pada diri. Semangat berdikari dan tidak mudah menyerah kalah. 

Jika berdepan masalah atau kegagalan, itu satu kenyataan yang mesti diterima dengan hati dan fikiran terbuka. Apa yang penting, jangan mudah patah semangat. Pertolongan Allah akan datang daripada segenap penjuru yang tidak disangka membantu mereka yang tidak berputus asa. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf, ayat 87) 

Biarpun Islam menggalakkan umatnya mencari harta, tetapi Islam melarang keras mengumpul harta melalui jalan yang salah. Harta diperoleh secara salah, tidak ada keberkatannya. Bila-bila masa ia akan bertukar menjadi satu bebanan dan hilang tanpa disangka.

Keberkatan bermaksud kebahagiaan hasil apa yang diperoleh atau dilakukan. Ia juga membawa maksud bertambah dan semakin baik. Harta yang diberkati akan terus berkekalan dan mencukupi untuk membiayai hidup walaupun jumlahnya sedikit saja. 

Justeru, kita perlu berusaha dengan ikhlas dan mengikut jalan yang diredai Allah dengan sentiasa memohon keberkatan daripada-Nya. Tidak guna memperoleh kekayaan yang banyak, sedangkan tidak berkat. 



Soal keberkatan tidak boleh diambil mudah. Biarlah tidak berpeluang memiliki harta banyak, asalkan apa yang dimiliki, biarpun sedikit tetapi diberkati. Kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki. 

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7) 

Justeru, jangan bersifat pasif dalam usaha mencari rezeki. Usaha mesti dilipat gandakan dan bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah. Manusia digalakkan supaya berdoa memohon kepada Allah untuk mendapat kehidupan lebih baik.


-------------------------------------------------------------------------------------------

SUMBER : Agama
              Berita Harian
              26 Jamadil Awal 1428/12 Jun2007

PERBANYAKKAN SELAWAT KEPADA NABI S.A.W

Rasulullah s.a.w telah bersabda :

" Hendaklah kamu memperbanyakkan selawat
kepadaku; kerana sungguhnya Allah s.w.t telah

menugaskan seorang malaikat di sisi kubur ku
( penyampai maklumat selawat ). Apabila
seorang lelaki mahupun perempuan kalangan
umatku berselawat kepadaku, maka malaikat
tadi pun berkata kepadaku : " Wahai Muhammad,
sungguhnya Si anu B/BT Si anu itu telah berselawat
kepada tuan, di kala ini "

Juga Rasulullah s.a.w bersabda :

" Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari jumaat;
kerana sungguhnya tiadalah seorang yang berselawat
kepadaku di hari Jumaat melainkan ( bentuk )
selawatnya akan dibentangkan kepadaku. "