INFO

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

MASALAH RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

sumber:majalah Pa&ma

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Anda Tahu :1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa Anda perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging AyamSebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

GandumMakan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

TaugeSayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran HijauBayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan SegarTembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan LautKandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

SalmonMerupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air MasakMinum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

HEALING CRISIS

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:

Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi
imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin,
usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan
buangan dan sisa-sisa dalam usus
besar

Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar
yang tidak sihat dan sistem
pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar
kahak kahak juga adalah petanda bagi
menyahtoksin

Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan
darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul
dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang /
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak

Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah
hati

Edema (membengkak) Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

VITAMIN C – ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT.

VITAMIN C – ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT.

Vitamin c telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.

Fungsi vitamin c adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita. 

Vitamin c juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. Vitamin c dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit.proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.

1)Vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2)Kekurangan vitamin c menyebabkan collagen yang c lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3)Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya.

4)Vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.

5)Vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

MANAFAAT VITAMIN C

1)Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2)Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)

3)Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

4)Memguatkan dinding salur darah.

5)Menolong pembentukan tisu gentian.

6)Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.

6)Mengurangkan kedut pada kulit

7)Membaiki parut pada kulit.

8)mencegah penurunan payudara dan buttock

9)menjadikan kulit lebih cerah

10)menghilangkan jerawat dan pigmentasi.

11)menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.

12)membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.

13)melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.



Power Pumping

Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam

- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)

- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping!

Perkongsian - Bahaya Air Kosong Kepada Bayi Dibawah Umur 6 Bulan

Assalamualaikum & salam sejahtera

Hari ini saya ingin berkongsi 4 sebab kenapa bayi berusia dibawah 6 bulan perlu dielakkan dari diberikan air kosong. 
Jika di ikutkan, ramai juga orang-orang tua yang bising terutama kepada ibu-ibu muda yang enggan memberikan air kosong kepada bayi mereka. Selalunya masa nilah dilema bertandang - nak dilawan, orang tua dah lama makan garam dulu...hehe..

Tapi apa-apa pun, berikut adalah sebab-sebab kenapa air kosong perlu dielakkan dari diberi kepada bayi dibawah umur 6 bulan :

1. Risiko jangkitan kuman jika air yang diberikan adalah tidak bersih.

2. Memberi bayi minum air kosong boleh meningkatkan risiko kegagalan penyusuan susu ibu kerana bayi tidak lagi dahaga. Perlu di ingat bahawa pengeluaran susu ibu bergantung kepada permintaan dimana semakin kerap bayi menyusu, semakin kerap ransangan untuk pengeluaran susu ibu.

3. Bagi bayi yang berumur dibawah 5 minggu, pemberian air kosong yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, seterusnya mengakibatkan suhu badan bayi menjadi rendah dan terjadinya sawan tarik.

4. Susu ibu menghasilkan salutan perlindungan penyakit dalam sistem penghadaman bayi. Pengambilan air akan menghakis salutan ini.

Seperti yang sering dinasihatkan oleh doktor dan pakar kanak-kanak, makanan terbaik untuk bayi berumur dibawah 6 bulan adalah susu ibu. Makanan dan minuman selain dari susu ibu hanya digalakkan untuk diperkenalkan kepada bayi apabila bayi telah melepasi usia 6 bulan.
Kalau lepas ni ada mak atau mak mertua bising-bising suruh bagi minum air kosong, cara paling mudah tunjukkan aje artikel ni. Tapi kalau tak berjaya, pandai-pandai lah mengelat cakap "tadi dah bagi kat baby".. :p (bohong sunat...huhu..)


(dipetik dari bengkungmoden)

Kecantikkan kulit

ESP (Energizing Soy Protein) – protein membantu membina sel-sel dalam tubuh dan mengecilkan pori dimuka, menjadikan kulit lebih smooth, muka semakin cerah, jerawat berkurangan. 


Vit E Complex – membantutkan sel penuaan dan menampakkan anda lebih muda, selain itu mengurangkan parut dan menggalakkankulit dan rambut menjadi lebih sihat.