Dalam kes kesuburan, dengan izin Allah .Antara supplemen yang
dicadangkan untuk membantu kesuburan suami isteri yang belum mendapat cahaya
mata adalah:
1. Vita-lea Iron Formula- untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi.
Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas
banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana
ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh, di mana penting
dalam pengangkutan oksigen dalam sel darah merah.. Penting untuk suami isteri
yang sibuk bekerja dan kurang menjaga tentang pengambilan makanan. Masalah
kesuburan boleh berpunca dari kekurangan nutrient dalam badan. Cara terbaik
untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrient yang diperlukan ialah
melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat
menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.
2. B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Terdapat dua jenis vitamin B yang bermanfaat untuk menambah kesuburan, satu untuk lelaki dan satu untuk wanita. Vitamin B12 dapat menambah dan meningkatkan kualiti sperma dan vitamin B6 dapat meningkatkan kesuburan wanita. Jenis vitamin B yang lain juga penting untuk proses penyatuan sperma dan sel telur (conception).
3. Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan
dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami
yang merokok memerlukan lebih vitamin C untuk membantu meningkatkan semula
produktiviti.
4. ESP (Protein) – Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan
memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2.
Protein juga membantu menyihatkan ovum & sperma. Juga penting untuk
pertumbuhan sel-sel baru dalam badan.
5. Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita
yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti
penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku,
pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat
terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan
organ reproduksi lelaki & wanita.
Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam
testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium
melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan
seksual bagi lelaki. Antara keunikan Vitamin E keluaran Shaklee adalah ianya
dilengkapi dengan Selenium, salah satu unsur penting untuk meningkatkan
kuantiti sperma pada lelaki dan mengurangkan risiko kecacatan pada bayi.
Vitamin E sering digunakan oleh pakar kesuburan dalam kaedah rawatan IVF. Ia
merupakan sejenis antioxidant yang mampu meningkatkan kesuburan.
6. Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zinc merupakan zat yang sangat penting bagi
proses pembentukan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu
kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk
sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zinc berperanan dalam
proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara
keseluruhannya, Zinc membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan
menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zinc bagi lelaki akan mengakibatkan
pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Zinc digunakan juga untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan
melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Zinc juga membantu
meningkatkan kesuburan bagi wanita. Ia membantu hormon oestrogen dan
progesterone berfungsi dengan baik dan membantu menghasilkan telur yang matang
dan berkualiti untuk proses persenyawaan.
7. Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit
ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak
teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid
(makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri
(bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan
Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.
8. GLA Complex – Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid
tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks
yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih
telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur,
nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke
uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang
sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari
di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun
anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu
ovulasi).
9. Ostematrix- Amat penting buat wanita sebagai persediaan persenyawaan sperma
dan telur. Sebaik sahaja anda mengandung, anda memerlukan simpanan kalsium yang
mencukupi dalam tubuh untuk dimanfaatkan oleh bayi anda. Ia juga membantu
mengalkalikan tubuh untuk menyediakan persekitaran yang sesuai untuk
persenyawaan sperma dan telur.
10. Omega Guard- Mengandungi asid
lemak Omega 3. Antara punca ketidaksuburan di kalangan lelaki adalah disebakan struktur
sel sperma yang tidak terbentuk dengan sempurna. Omega 3 dapat membantu
pembentukan acrosome yang lebih kuat dan sempurna. Acrosome merupakan struktur
melengkung pada hujung kepala sperma yang memainkan peranan penting dalam
proses persenyawaan telur wanita.
Bagi wanita pula, Omega 3 membantu mengurangkan gumpalan pada
dinding uterus dan membolehkan telur yang telah disenyewakan dapat melekat
dengan sempurna. Kekurangan Omega 3 – Omega 6 juga turut dikaitkan dengan
polycystic ovarian syndrome (PCOS), salah satu punca ketidaksuburan pada
wanita.